I made this widget at MyFlashFetish.com.

DOA UNTUK SAHABATKU


YA ALLAH…

Panjangkanlah umur sahabatku
Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,
Terangi hatinya dengan nur pancaran iman.
Tetapkanlah hatinya,
Perluaskanlah rezekinya,
Dekatknlah hatinya kepada kebaikan,
Jauhkanlah hatinya pada kejahatan,
Tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia
Dan akhirat

YA MUHAIMIN…


Jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang
Yang hatinya tertaut padamu
Agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu?
Jagalah hatinya agar tidak berpaling
Daripada melabuhkan hatinya pada hatimu.
Jika dia rindu,
Rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalanmu


Selasa, 18 Januari 2011

KHAYALAN SEMATA-MATA.....by Uzuyaze Boyzz on Wednesday, January 19, 2011 at 2:42am

By:-  Uzuyaze Boyzz @ HAFIZ AFIFI



Kekasih dalam diam seorang pemuda ialah seorang gadis manis. Dia menamakan gadis tersebut dalam diam kerana gadis berkenaan tak tahu dirinya menjadi mutiara pujaan lelaki seperti dia. Selalu saja dia mencuri pandang gadis tersebut.

Setakat ini dia tidak mempunyai cara lain bagi menikmati sepuas hati raut wajah bulan purnama gadis kesayangannya itu. Sebetulnya dia berasa teramat malu bertentang mata dengan kekasih dalam diamnya itu.
Lantaran itulah mahu tak mahu hanya dengan cara demikian saja dia dapat melepaskan debur ombak perasaan yang sentiasa bergelora di laut sukma.
Syifa Atira , nama gadis tersebut. Apabila tidak dapat melihat Syifa dia dilanda satu macam perasaan rindu yang menyeksa batin.
Bagaimana dengan Syifa? Apakah Syifa juga dilanda satu macam perasaan rindu yang menyiksa batinnya apabila tidak dapat melihatnya? Tuhan saja yang tahu. Dia amat berharap agar Syifa juga rindu kepadanya seperti mana rindu dia kepada Syifa.
“Tahukah kau, Syifa, bahawa aku sungguh-sungguh menaruh sejuta cinta dan harapan kepadamu. Kalau kau juga menaruh sejuta cinta dan harapan kepadaku alangkah bahagianya Syifa. Alangkah bahagia.”
“Tentu lebih memekarkan lagi kuntum-kuntum bahagia Syifa kalau aku dapat menikmati jadam dan madu hidup bersamamu di bawah satu bumbung rumah tangga. Tentu lebih bahagia Syifa. Tentu.”
“Dengarlah Syifa, dengarlah angin malam yang menderu. Dengarlah Syifaku. Ia menderukan suara hatiku kepadamu.”
“Betapa deru angin malam melagukan suara hatiku dan suara rinduku yang penuh irama cinta kepadamu, Syifaku.”
“Alangkah bahagianya Syifaku, alangkah bahagianya kalau kau dan aku dapat bertemu di suatu tempat yang akhirnya memberiku satu kesempatan untuk mencurahkan hasrat murni hatiku yang sekian lama bergelora di dada ku, sayang!”
Kita akan berbual begini sayang;
“Syifa.”
“Ada apa dy?”
“Ah, malu owg nak cakap.”
“Apa hendak dy malukan?”
“Sebenarnya… sebenarnya…”
“Kenapa, dy teragak-agak mahu meluahkan perasaan dy?”
“Entahlah Syifa. Berdepan denganmu seakan kelu lidah owg.”
“Agaknya owg bimbang Syifa tak dapat menerima apa yang owg ucapkan nanti?”
“Begitulah kira-kiranya Syifa.”
“Sampai bila dy nak pendamkan apa yang terkandung di hati dy tu?”
“Baiklah Syifa. Sebenarnya… sebenarnya owg… owg cinta akan Syifa!”
“Benarkah dy?”
“Benar Syifa.”
“Dy?”
“Iya, Syifa.”
“Syifa juga cinta akan dy.”
“Sungguhkah Syifa?”
“Sungguh dy.”
“Syifa tak main-main?”
“Eh, dy ni, masakan Syifa nak main-main pula.”
“Manalah tahu kan, kalau-kalau Syifa hanya ingin menggembirakan owg saja.”
“Percayalah dy, Syifa sungguh-sungguh cinta akan dy. Hanya Syifa nantikan dy mulakan dulu meluahkannya.”
Dia tak pasti apakah semua itu hanya boleh tercapai di sudut taman khayalannya saja. Yang pasti kini lautan perasaannya terhadap Syifa semakin bergelora hebat. Sayangnya dia tak tahu bagaimana mahu berusaha mencari satu jalan agar dia dan Syifa boleh bertemu lalu menyatakan perasaan hatinya terhadap Syifa selama ini.
Dirangkapnya sepucuk warkah untuk Syifa pula.
Kepada Syifa yang selalu saja berada di tengah kota ingatanku.
Syifa, kau selama ini menjadi buah rindu dan mimpiku, terlebih dulu tentu saja aku mohon jutaan maaf lantaran menulis surat seumpama ini kepadamu. Surat yang tak pernah kau undang dan duga sama sekali datangnya daripadaku, tentu saja bagai duri yang mengganggu ketenteraman rimba fikiran hidupmu. Apakah betul begitu Syifa?
Walau bagaimanapun Syifa, aku sangat-sangat mengharapkan agar dapatlah hendaknya kau melapangkan sedikit waktumu untuk membaca serta memahami segala yang terkandung di persada suratku ini.
Kau harus tahu Syifa bahawa surat ini ku tulis dengan seluruh hati dan perasaanku terhadapmu. Lantaran itu sudi apalah kiranya kau membacanya Syifa. Sudi apalah kiranya Syifaku sayang.
Kesudianmu membacanya sudah lebih daripada cukup menggembirakan kelopak hatiku Syifa. Walaupun nanti selepas membacanya kau mentertawakan aku sambil melempar jauh-jauh suratku yang tak berdosa ini ke timbunan sampah sarap atau mungkin juga kau membakarnya, lalu abunya tentu saja ditebangkan angin bersama serpihan hatiku yang pecah dan luka maha parah.
Kau tahu Syifa sudah sekian lama sebenarnya aku ingin mengutuskan surat seumpama ini kepadamu, tapi sering saja tertangguh. Aku malu. Malu terhadap diriku sendiri.
Sesungguhnya hati dan perasaan kita begitu aneh Syifa. Bagitu aneh. Keanehan itulah membuatkan kita berasa malu kepada diri sendiri, seperti yang aku hadapi kini. Betapa tidak Syifa, seorang yang sepertiku ini mahu menaruh rasa cinta dan lebih daripada itu pula berhasrat menjadikan dirimu yang cantik sebagai kekasih.
Sememangnya tak setara diriku ini berganding dengan dirimu Syifa. Tapi apa boleh buat Syifa, demi perasaan cintaku ini, terpaksa aku luahkan kepadamu. Terserah sepenuhnya kepadamu untuk bertindak selanjutnya sama ada dengan seikhlas hati menolak atau menerima kehadiranku di taman hidupmu, Syifa.
Surat ini sebenarnya sebagai satu cubaan untuk menyampaikan hasrat murni hatiku yang selama ini. Dan baru kini aku cuba memberanikan diriku mengutus surat ini kepadamu, Syifa, demi membebaskan batinku yang begitu terseksa.
Gadis-gadis di sekolah aku sememangnya ramai Syifa, tapi hatiku hanya kepada kau seorang. Aku takkan bahagia atau puas jika bukan kau yang menjadi temanku nanti Syifa. Kau bagiku adalah segala-galanya.
Ah, sungguh aku tak mengerti mengapa kau ku pilih sebagai temanku. Sedangkan antara kita ternyata sudah ada laut yang amat luas yang menjadi pemisah.
Tahukah kau Syifa, betapa aku telah mencuba mencintai gadis lain dengan harapan agar dapat melupakanmu. Lebih daripada itu dapat menjauhkan dirimu daripada daerah hidupku. Tapi tak bisa Syifa.tak bisa. Aku tak dapat mencintai gadis lain tersebut.

Beberapa kali sudah dia menulis surat seumpama itu, tapi seperti biasa tak jadi dikirimkan. Surat tersebut akhirnya dibakar saja.
Sepanjang malam menulis surat itu. Tetapi akhirnya direnyukkan saja dan diposkan ke longkang air yang mengalir deras.
Aku cinta padamu Syifa, aku cinta padamu!
Ah, semudah itukah untuk mengucapkannya? Semudah membuka kedua-dua bibir untuk meluahkan suara menyatakan rasa hati? Kalau semudah itu tentu saja suadah sekian lama ucapan “Aku cinta kepadamu” diluahkan di hadapan orang yang dimaksudkan itu. Meskipun akhir-akhir ini sudah banyak kali ia bertentang mata dengan orang berkenaan. Tetapi setiap kali ia cuba untuk mengucapkan rasa hati yang semakin hebat bergelora itu kedua-dua bibirnya menjadi seperti dua keping papan yang dipaku denga rapi sekali.
Bukan apa. Sebetulnya dia takut kalau-kalau oarang berkenaan tidak sudi menyambut cintanya. Nanti malulah jadinya. Di mana hendak disorokkan muka? Ya, memanglah malu andai kata cinta yang setulus itu ditolak begitu saja.
Kalau sudah begitu jadinya terpaksalah memendam rasa terus-terusan. Tapi sampai bila mesti sanggup menyimpan perasaan itu? Tidakkah nanti akan merosakkan diri sendiri?
Celaka! Memanglah celaka kerana takut dan sekali gus malu mahu berterus terang manyatakan “Aku cinta kepadamu”.
Ah, alangkah susahnya apabila sudah jatuh cinta kepada seseorang. Bukankah baik kalau tak pernah jatuh cinta kepada sesiapa pun jua? Tentu saja tak sesusah seperti sekarang ini. Tapi apa boleh buat? Mata sudah terpesona dan hati sudah terpikat kepada si dia yang cantik manis itu.
Kenapalah rasa takut dan malu menguasai diri? Kenapa? Ah, kerana takut dan malulah dia terpaksa memendam rasa terus terusan. Lalu dirinya menjadi resah gelisah selalu.


Nukilan ini hnya skadar meluah kn prasaan kpd seseorg yg aq syg...n aq harap dy epy bila mmbaca bn da ny dan jgn skali2 brpaling tadah trhadap aq...troz hubungan kamu  dgn org yg kamu syg itu tok slama-lamanya...aq hnya boleh brdoa untuk kbahagia kamu shaja...sekira nya kamu trasa aty..maaf kn lah daku ini...hope u all epy baca nukilan yg ke2 aq bt nyh...

0 ulasan:

Catat Ulasan

HATI SEORANG INSAN

Hati hiba mengenangkan
Dosa-dosa yang ku lakukan
Oh Tuhan Maha Kuasa
Terima taubat hamba berdosa

Ku akui kelemahan diri
Ku insafi kekurangan ini
Ku kesali kejahilan ini
Terimalah terimalah terimalah taubat Ku ini..

Telah aku merasakan
Derita jiwa dan perasaan
Kerana hilang dari jalan
Menuju redhamu ya Tuhan
Dihamparan ini ku meminta
Moga taubatku diterima

Bila mengenang kisah hidup silam
Ku sedar dari kesilapan lalu
Tuhan beratnya dosa-dosaku
Masih adakah ampunan buatku

Tuhan dalam menempuh hidup ini
Banyaknya dugaan datang menguji
Tuhan ada yang dapat ku gagahi
Dan ada yang ku gagal hindari

Tuhan dosaku menggunug tinggi
Tapi taubatku takut tepati
Tuhan rahmatMu melangit luas
terlalu sedikit ku bersyukur

Kini ku kembali padaMu
Mengharap maghfirah dariMu
Moga terampunlah dosa-dosaku
Biarpun ujian melanda
Ku tetap berkasih padaMu
Kerana yakin kasihMu
Kekal tiada sudahnya.....

ADIK AZAM

ADIK AZAM

lompat ke angkasa

lompat ke angkasa

TELUK BATIK-FINAL PROJEK SEM3

TELUK BATIK-FINAL PROJEK SEM3

WARNA WARNI AZAM

WARNA WARNI AZAM

the best family

the best family

buat sahabat ku...

buat sahabat ku...

Wajah-wajah ceria Permata Hati

Wajah-wajah ceria Permata Hati
(dari atas kiri : Kak Mira, Kak Ina, Amad, Paksu, Kak Zai, Pidah) (dari bawah kiri : Syed, Apis, Pakman, Kak Dihah, Naim, e-pol)

ALONG YG PALING COMEY

ALONG YG PALING COMEY

I made this widget at MyFlashFetish.com.